Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) kini semakin berkembang dalam negara terutama kepada mereka yang ingin menambah hasil pendapatan dan ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kerajaan turut memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan dari segi bantuan modal permulaan serta bantuan barang keperluan perniagaan. Iks kini turut ramai menarik minat golongan muda yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
Antara produk tempatan yang dihasilkan adalah anak pokok cili, baja untuk tanaman organik yang diproses sendiri. Beliau turut menjual dan mempromosikan produk di pasar-pasar tani serta karnival yang dianjurkan di sekitar kawasan daerah Segamat. Selain itu, beliau turut menawarkan khidmat konsultant kepada mereka yang ingin terbabit dalam bidang ini dengan mengadakan sesi pembelajaran dan cara-cara untuk memulakan bidang fertigasi.
Antara kursus pembelajaran yang diadakan untuk para usahawan baru dan sekolah-sekolah serta ipta sekitar.
Bagi mereka yang ingin membeli hasil tanaman cili dan baja organik serta ingin mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang tanaman fertigasi boleh menghubungi beliau : 013-7174953 (Mohamad Iqmal Bin Saemat) facebook : IQMAL Cili Enterprise.
HOMESTAY
Dengan pembangunan yang pesat , sektor perlancongan di Felda Maokil juga semakin membangun. Kehadiran ramai pelawat terutama tetamu ketika menghadiri majlis perkahwinan telah mewujudkan Homestay atau rumah tumpangan . Homestay juga dijadikan sumber pendapatan oleh penduduk kampung.
Di Felda Maokil terdapat beberapa buah Homestay:-
1. Homestay GPW
Homestay ini terletak di bangunan gpw Felda maokil 3. Homestay ini turut menyediakan perkhidmatan wifi percuma(KTW) dan taman permainan keluarga.
2. Homestay Zabir

Homestay ini terletak di jalan utama atau pintu masuk(pintu gerbang) ke Felda Maokil.
3. Homestay E & S





























