mcmc
Soalan Lazim

Soalan Lazim

1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah Bajet 2013?

J: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program.

2. S: Bilakah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dilaksanakan?

J: Melalui Belanjawan 2023 yang diumumkan pada 24 Februari 2023, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan program 1Dun 1PEDi yang melibatkan sekurang-kurangnya satu (1) PEDi di setiap DUN sebelum berakhirnya tahun 2023 ini.

3. S: Bagaimanakah cara untuk saya menjadi ahli berdaftar di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di kawasan saya?
J: Anda perlu hadir ke PEDi berdekatan atau hubungi petugas di PEDi berdekatan untuk mendaftar sebagai ahli PEDi dan mendapat manfaat yang ditawarkan sebagai ahli serta mengikuti kelas-kelas keusahawanan, dan banyak lagi. Yuran pendaftaran adalah RM 5 sahaja.
 
4. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)?
J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan, pencetak, program latihan ICT,keusahawanan, multimedia serta keusahawanan dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.
5. S: Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi)?

J: Penggunaan PEDi adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

 
6. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)?
J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PEDi bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
7. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)?
J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.
8. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Ekonomi Digital (PEDi)?. Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?
J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus PEDi yang berhampiran untuk keterangan lanjut.
9. S: Apakah perbezaan di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi)? dengan cybercafe sediada?

J: Setiap penggunaan komputer PEDi adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.