mcmc
Galeri Foto

TEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAAN 2023 (31 OGOS 2023)

logo madani

Sempena bulan Ogos ini, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Moakil 1 mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan yang ke-66 kepada semua. Mari kita bersama-sama kenali maksud di sebalik Hari Kebangsaan Malaysia serta menyemai semangat patriotik dalam diri dan sayangi negara kita.

Hari Kebangsaan merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia atau Hari Merdeka yang disambut pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Negara kita Malaysia telah mendapat kemerdekaan daripada pihak British pada 31 Ogos 1957. Oleh itu, Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia merupakan acara yang dinanti-nantikan setiap tahun bagai segenap lapisan masyarakat Malaysia. 

KRONOLOGI HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA

HARI KEBANGSAAN

Sinopsis ringkas kronologi sejarah hari kemerdekaan Malaysia iaitu era penjajahan yang telah berlaku di Tanah Melayu sehingga kepada pembentukan negara Malaysia.
 
Tahun 1400 :Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Tahun 1511 :Pemerintahan Portugis
Tahun 1641 :Permerintahan Belanda
Tahun 1824 :Pemerintahan British (Inggeris)
Tahun 1941 :Pemerintahan Jepun
Tahun 1945 :Jepun menyerah kalah-British kembali ke Tanah Melayu.
Tahun 1948-1960 :Darurat di Tanah Melayu (Komunis menguasai Tanah Melayu)
Tahun 1957 :Tanggal 31 OgosTanah Melayu mencapai kemerdekaan
Tahun 1963 :Penubuhan Malaysia
 
 

TEMA HARI KEBANGSAAN 2023

Tema yang dipilih untuk tahun ini adalah Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 27 Mei 2023.

Tema tersebut dipilih bagi mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan yang tinggi serta kehidupan yang aman dan sejahtera. 

Malaysia Madani bermaksud sebuah konsep panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran negara yang lebih manusiawi. Ia bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian, dan menjadi medan dialog peradaban.

 

LOGO HARI KEBANGSAAN 2023

Jalur : Bentuk lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia

Bulatan : Bulatan berwarna biru bermaksud kebulatan iaitu muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat

Bulan Sabit : Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama persekutuan

Bintang : Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia

Warna Merah : Keberanian, jati diri dan keazaman

Warna Biru : Perpaduan, kesatuan national, keterangkuman dan persaudaraan

Warna Kuning : Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan

Warna Putih : Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

 

Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66!

Sumber&Rujukan: https://www.kosmo.com.my/2023/02/02/pm-perkenal-rasional-logo-malaysia-madani/https://www.twinkl.com/teaching-wiki/hari-kebangsaan-malaysia-hari-kemerdekaan-malaysiahttps://www.permohonan.my/tema-hari-kebangsaan-malaysia